Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Info : Sejarah & Asal Usul Kasut Jenama Bata (5 Gambar)


Mesti korang pernah pakai kasut Bata ni kan? Kesut Bata ni memang femes kat Malaysia sampaikan aku sendiri ingat yang Bata ni syarikat kasut tempatan... Tapi rupe2nye tidak.. jom baca kat bawah nih..

ISLAM - Ayat Quran Di Gerbang masuk Fakulti Undang-Undang Harvard.

NEW YORK -- Universiti Harvard melakarkan salah satu ayat Alquran sebagai bentuk penghormatan. Universiti tertua di Amerika Syarikat itu mengukirkan petikan ayat Quran di gerbang masuk Fakulti Undang-Undang.

''Fakulti Undang-Undang menyebut ayat suci sebagai salah satu ekspresi terhebat tentang keadilan sepanjang sejarah,'' lapor akhbar Arab Saudi.

Ayat Al Quran itu diukir di tembok yang menghadap pintu masuk utama Fakulti Undang-Undang. Mahasiswa Arab Saudi yang sedang menimba ilmu di Universiti Harvard, Abdullah Jumma, yang menyadari bahwa tulisan yang terpampang di gerbang masuk Fakultas Hukum itu merupakan petikan ayat Al-Quran.

Sumpah laknat Saiful Bukhari - Lihat siapa yang kena laknat


Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.


Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

UMUM : Rahsia Encik Maha Antara Orang TERKAYA Di Australia


SIFAT berwawasan jauh sering dikaitkan dengan Maha Sinnathamby, migran dari Malaysia yang kini mencipta nama sebagai antara ahli perniagaan paling kaya dan berjaya di Australia.

Perkara ini tidak menghairankan jika diimbas kembali kejayaan beliau mengubah kawasan hutan tebal seluas 2,860 hektar 23 kilometer di barat Brisbanne, Queensland, yang tidak dipeduli sesiapa hingga menjadi sebuah Bandar raya penuh terancang paling besar milik persendirian di negara ini, yang lengkap dengan kemudahan pendidikan dan kesihatan bertaraf dunia.

Dalam tempoh dua dekad, kawasan pembangunan berkenaan yang dikenali sebagai Greater Springfield, melahirkan enam kawasan subbandar yang mempunyai 23,000 penduduk.

Kira-kira A$9.6 bilion (RM31 bilion) dibelanjakan untuk membangunkan projek ini — A$3.5 bilion (RM11.3 bilion) oleh Springfield Land Corporation dan beberapa pihak lain, A$2.5 bilion (RM8.07 bilion) oleh Kerajaan Negeri Queensland dan A$3.6 bilion (RM11.62 bilion) oleh kerajaan tempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...